16/10/2009 - Terciptanya hari bersejarah dalam family ku.. hari tersebut merupakan hari terakhir abangku memegang status bujang dan juga hari tersebut merupakan hari pertama abangku memegang status berkahwin.. seribu kemaafan dipohon oleh adikmu ini kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan tersebut kerana ada test mechanical design. ikutkan hati selepas abis test nak terus pergi ke kedah untuk menghadiri majlis kenduri (hari ini) tapi terdapat beberapa masalah yg menghalang dan family pon xmengizinkan.
17/10/2009 - hari ini 28 syawal 1430 hijrah hari kenduri kahwin abang ku. majlis di buat di rumah pengantin perempuan (alor setar, kedah). hari ini raja sehari dibawa ke majlis kenduri yang mengorbankan 2ekor lembu untuk dijamu kepada hadirin. majlis ini akan berulang lagi di rumah pengantin lelaki yang akan dihadiriku... insyaallah.. akhir kata dari adik yg bersalah ini ku panjatkan doa kepada pasangan pengantin baru ini dengan doa agak bahagia di dunia sehingga ke syurga
"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat