★★★ Translate My Blog ★★★

English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sunday, November 1, 2009

♥♥♥ MOON HALO UMP - KEBESARAN ALLAH ♥♥♥

Semalam aku berbual telefon dengan seorang sahabat.. banyak gak benda yng diceritakan.. salah satu topic pebualan kami menceritakan pasal bulan tetiba ada lingkaran pelangi.. terkejut gak aku dengar.. so cepat2 aku kuar rumah untuk menyaksikan sendiri fenomena bulan yang jarang belaku ni.. memang menakjubkan dan aku agak berasa gentar melihat fenomena yang tak pernah dilihat… pagi ni kecoh dalam beberapa forum cerita pasal topic lingkaran bulan ni.. so daripada perbincangan forum ni aku dapat beberapa info pasal “lingkaran pelangi bulan” yang boleh dikongsikan dengan korang

31 Oktober 2009 (UMP PAHANG)



Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_(optical_phenomenon)


Kenyataan Mantan Mufti Perlis :Dr. Mohd Asri

Telah berlaku satu fonomena yang agak ganjil di langit pada hari ini 6 Ogos 2007. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Perlis. Saya mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang ramalan yang bukan-bukan. Segala kejadian alam adalah ciptaan dan kebesaran Allah. Manusia mungkin boleh mengetahui sebab musababnya melalui analisis dan kajian. Apa yang penting kesemuanya mesti meningkatkan iman kepada Allah.
Kejadian seperti ini bolehlah dirujuk sebab musababnya kepada pengkaji alam atau saintis jika mereka mempunyai maklumat kajian. Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.
Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya

blog comments powered by Disqus
 
© free template by Blogspot tutorial