hari sabtu n ahad aku penuh dgn xtvt ceramah agama
huh...dengar ceramah ni wat rasa diri insaf
bila ler aku boleh berubah jadi lebih baik???
Mmmm... dimana ada kemahuan di situ ada jalan....
insyaallah mari kita berubah kearah kebaikan seperti
artis-artis ini yg kembali ke pangkal jalan. ada yg menceburi bidang dakwah, menyertai tabligh, dan menukar diri ke arah penampilan islamik..
secara iklas dan jujur aku kagum dan menghargai penghijrahan mereka
akill hayy muncul bersama kump rock D'Riyadh penghujung 80'an. kemudiannya, menyertai PAS dan aktif berceramah di seluruh pelusuk tanah air. ceramahnya unik kerna diselang selikan dgn nyanyian dan kaedah yg lain. sekarang ini aktif berdakwah bersama astro ttpmasih lagi bersama Ulama dan kepimpinannya. doakan la yg terbaik untuk akill hayy.
Download ceramah beliau di web site
http://suarasuci.ning.com/
Fendi A to Z dulu beliau popular bersama kump A to Z. lagu Itik Gembo2 menjadi siulan anak muda era 90'an. aku juga tidak berkecuali meminati kump ini. kemudiannya, beliau mengambil langkah drastik keluar dari kump A to Z. mungkin tndkn beliau itu membuatkan kump A to Z terus berkubur. apabila muncul, beliau telah menukar imej yg baru. rupanya beliau telah menyertai jemaah tabligh. alhamdulillah, peminat menerimanya dgn hati terbuka. selang bbrp tahun, beliau kembali menghadap Rabbul Jalil. sama2 la kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAh dan ditempatkan bersama2 golongan yg soleh. Al-fatihah..
Azmil Mustafa a.k.a Ali Setan aku pernah terbaca bagaimana beliau berhijrah mendampingi islam secara total. beliau memaklumkan ktk namanya di ambang kemasyuran, segala jenis maksiat beliau lakukan. berzina, minum arak, pergaulan bebas, clubbing dan segala onar dilakukannya. ttp ada satu hobi yg mungkin di anggap pelik oleh org ramai menjadi rutin sehariannya. beliau begitu menggemari slot tafsiran ayat2 al quran di RTM 1 setiap hari sebelum siaran tamat. sbg org seni, beliau merasakan terjemahan itu bgt agung dan tinggi nilai seninya. lama kelamaan hatinya menjadi luluh dan berazam untuk berdamping dgn al-quran dan agama islam serta meninggalkan dunia gelapnya sbg seorang artis.
Erma Fatima seorang pelakon, pengarah, penulis skrip serta penggiat teater ini begitu ke hadapan dalam mesejnya utk menyampaikan dakwah islam. baru2 ini, beliau dgn segala keazaman, mementaskan sekali lagi teater Sirah Junjungan di Istana Budaya. walaupun tidak mendapat tajaan dpd bdn2 korporat, namun semangatnya tidak pernah luntur. apa yang membuatkan aku terharu adalah apabila beliau secara jujurnya ingin membawa teater Sirah Junjungan ke negeri Kelantan. ini kerana beliau amat berharap hasil seninya itu dapat dipertontonkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. alsannya mudah, beliau amat meminati dan menghormati Tuan Guru. aku berharap impiannya ini tercapai dan semoga Allah memudahkan perjalanan beliau utk berdakwah..
Renggo Arrow dulu bersama kumpulan Arrow. abang ipar aku amat menggemari kump ini kerana lagu2 yang dinyanyikan semuanya tangkap leleh, frust menonggeng dan cintan2. tapi itu dulu, skrg sudah lain. 11 April 2009 yg lepas di Kota Bharu beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz sempena pelancaran kempen jom sertai pas. sememangnya jalan yg beliau pilih ini tepat. ajaklah remaja yang lain berdamping dgn Islam. inilah jalan yg lurus yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. insyaallah!!
Amy Serch, alhamdulillah.. syukur pada Allah. ini saja ucapan yg aku mampu utarakan. siapa sangka Amy akan berubah seperti yang anda semua sedia maklum. semoga Allah melimpahi rahmat dan menetapkan kakinya utk berhijrah. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch. Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik. Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi
secara teorinya, mereka ini menjadi ikon kepada masyarakat. sekiranya pembawaan mereka di jalan yang betul, aku yakin peminat mereka juga akan mengikuti jejak langkah yg sama. Hijrah ke arah kebaikan....tanam azam "HARI INI AKU AKAN BERUBAH"
Monday, April 13, 2009
==۩۞۩ HIJRAH SEORANG ARTIS ۩۞۩==
Labels:
agama,
Isu semasa
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)