★★★ Translate My Blog ★★★

English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sunday, March 29, 2009

۩۩= KEMPEN TUTUP LAMPU =۩۩



60 - Earth Hour

Pada : 28 Mac 2009 , Jam 8.30 malam

Laman Web Rasmi : Klick Sini > 60 EARTH HOUR

Anjuran : WWF



Kenapa plak nak tutup lampu ??
Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada.

Sebab apa 1 jam, dan pukul 8-9?
Sebab, selepas 1 jam, pukul 8-9 di malaysia. Masuk pulak pukul 8-9 di negara lain. Secara teorinya, selama 60jam, tiap-tiap satu negara di seluruh dunia akan menutup elektrik selama 1 jam secara berselang-seli. Selepas Malaysia tutup 1 jam, Thailand pulak tutup 1 jam, kemudian Thailand bukak balik, Vietnam pulak off, dan seterusnya

Siapa yang startkan benda nieh ek??
Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

Cuma tutup lampu kah ??
Yup benar… hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini (semalam), bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Boleh ke saya buat benda ini ??
Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang telah berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.

Apa matlamat untuk tahun ini ??

Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.univesiti aku pon banyak yang sertai...cafe pon tutup lampu..hahaha...best makan dalam gelap

Ok la , saya pasti akan join kempen ini !!!
Yeah...dah buat semalam...block aku gelap 2 3 jam coz ramai yang terus tido time bergelap...hehehehe...1 hari nanti klu ada lg nak join lg ler :)

blog comments powered by Disqus
 
© free template by Blogspot tutorial