Ujian Allah turunkan keatas hambaNya dalam pelbagai bentuk.
Salah satunyer sakit. Aku baru je balik ke UMP selepas seminggu cuti disebabkan virus H1N1 yg dah menyerang student ump. Di rumah mak aku pulak yang disyakki mengalami syndrome H1NI selepas demam 3hari. Allamdulilah keesokkan harinyer, mak aku dah sembuh dari demam n doctor cakap hanya demam biasa tapi tetap perlu jaga kesihatan diri. Abang aku pown wat pemeriksaan doctor gak coz penyakit lamanyer dah menganaz kembali . hampir setahun die ada penyakit batu karang. Walaupon pernah wat rawatan leser tapi tetap boleh terhasil lagi batu karang ni. Paling menyedihkan baru baru ni adik aku pown kena penyakit batu karang gak. Alhamdulilah xperlu sampai wat rawatan leser tapi melihat adik beradik aku berpantang makanan wat diriku gerun n berjaga2 coz ada org ckp batu karang ni bley jadi factor dari keturunan??? Betulkah??? Tapi memang ada dalam rekod family aku yang sakit batu karang ni. Emmm.. alhamdulilah aku sihat tapi tetap kena banyakkan doa jer la n jaga kesihatan diri.. Kita pown harus doa gak moga 1 hari nanti ubat tuk H1N1 n penyakit yg lain dapat dijumpai dengan segera.. amin….
~~INFO PENYAKIT BATU KARANG~~
1. Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10000 orang warga Malaysia mengidap batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun
2. Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Batu Karang Dalam Ginjal(Buah pingang)
ii. Batu Karang Dalam Hempedu
3. Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia
4. Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
i. Rasa pedih ketika kencing
ii. Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
iii. Rasa seperti pasir berada dalam badan
iv. Air kencing kotor & berbau busuk
v. Rasa sakit di kawasan pinggang
5. Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
i. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
ii. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
iii. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
iv. Rasa loya & muntah tanpa sebab
Saturday, August 8, 2009
۩۞۩ HINI & BATU KARANG PENYAKIT YANG KU GERUNI ۩۞۩
Labels:
Isu semasa,
kesihatan
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)