★★★ Translate My Blog ★★★

English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Wednesday, September 9, 2009

۩۩= TEKA TEKI MATEMATIK =۩۩

Aku ada la baca soalan teka teki matematik dekat blog follower, pastu aku tanya la soalan teka teki tersebut kat member2 aku, then member2 aku pon ada gak bagi soalan teka teki matematik kat aku. Best main soalan matematik ni dan kenakan member2 yang lain, kitaorang main soal jawap matematik ni berjam jam. So aku nak share la dengan korang jawapan ada dalam ruang komen. Cuba jawap dulu baru tengok jawapan. Hoho…

Soalan 1:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Soalan 2:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?

Soalan 3:

Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30.... Campur lagi 1000. Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000. Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?

Soalan 4:
Beberapa bulan memiliki 30 hari, beberapa memiliki 31 hari.soalannyer Ada
berapa bulan yang memiliki 28 hari?

Soalan 5:
Jika doktor memberikan 3 buah pil dan menyarankan anda untuk
menelan satu pil dengan jarak waktu setengah jam, berapa lama
waktu yang anda perlukan untuk menghabiskan seluruh pil tersebut?

Soalan 6:
Berapa banyak binatang dari setiap species yang dibawa Musa ke
bahteranya?

Soalan 7:
Adam nak beli baju raya yang berharga RM20, die pinjam kat ayah =rm 10 dan die pinjam kat ibu = rm10. hari ini ada promosi raya dan harga baju raya tersebut turun menjadi RM15. Adam beli baju raya tersebut, sekarang Adam mempunyai RM5. Adam membayar hutang RM1 kepada ayah dan RM1 kepada ibu. so Adam masih hutang ibu RM9 dan ayah RM9 dan di tangan Adam ada RM3.So, jumlah keseluruhan duit RM9+RM9+RM3 =RM21
Huh.. camne boleh lebih RM1???

Soalan 8:
Mizi nak beli baju raya yang berharga RM20, die pinjam kat ayah =rm 10 dan die pinjam kat ibu = rm10. hari ini ada promosi raya dan harga baju raya Mizi turun menjadi RM15. Mizi beli baju tersebut, sekarang Mizi mempunyai RM5. Mizi membayar hutang RM2 kepada ayah dan RM2 kepada ibu. so Mizi masih hutang ibu RM8 dan ayah RM8 dan di tangan Mizi ada RM1 .So, jumlah keseluruhan duit RM8+RM8+RM1 =RM17
Huh.. camne boleh kurang RM3???

Soalan 9:
Solat fardhu yang mana boleh buat 4 kali Tahhiyat




SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BALIK KAMPUNG
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

blog comments powered by Disqus
 
© free template by Blogspot tutorial