Hari ni aku nak promote 1 tempat melancong yang menarik di dalam negeri pahang iaitu di Bukit Tinggi. Untuk entry kali ini aku terpaksa tulis skema kerana ada pembaca blog aku marah aku kerana tak paham apa yang aku tulis walaupon dah guna kamus & google translator.. semalam 10hb Oktober 2009 aku join lawatan ke bukit tinggi yang dianjur oleh kelab jepun UMP (Janpu). Yuran lawatan RM120 untuk setiap seorang tapi dapat sponser dari PBMSK, so setiap seorang hanya perlu membayar RM15. Harga tiket untuk masuk ke Bukit RM 10 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak2
Japanese Teahouse
Destinasi pertama kami adalah menuju ke Japanese Teahouse yang berorientasikan keindahan dan ketamadunan semangat budaya Jepun yang sebenar tanpa dipengaruhi perubahan .kami telah dibawa oleh kenderaan (lori penumpang) yang dikhaskan oleh pihak Berjaya Hills untuk ke Japanese Village. Japanese Village merupakan satu perkampungan Jepun yang mempunyai infrastruktur menyeluruh bagi mempelajari bahasa dan budaya Jepun di Malaysia. Pelbagai landskap menarik bercirikan negara Jepun dapat dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Japanese Teahouse. Terdapat kolam ikan, air terjun serta pebagai jenis tumbuhan hutan. Setibanya di Japanese Teahouse, kami diberi penerangan mengenai serba sedikit berkenaan budaya Jepun seperti upacara teh Jepun, Harga RM28. . Upacara minum teh adalah adat tradisional Jepun dalam menyajikan teh untuk tetamu. Pada zaman dulu disebut chatō atau cha no yu. Upacara minum teh yang diadakan di luar ruangan disebut nodate. kami juga diberi peluang memakai pakaian tradisional Jepun iaitu Yukata. Yukata adalah jenis kimono yang dibuat dari bahan kain kapas nipis tanpa pelapis yang dipakai di musim panas. Harga pakaian tradisional untuk seorang RM20. kami juga berpeluang bergambar di sekitar kawasan yang menggambarkan suasana di Jepun
Ryo Zan Tei
Selepas itu kami ke Ryo Zan Tei ialah satu-satunya restoran Jepun di Malaysia yang dibina sendiri oleh hasil tangan pertukangan Jepun. Berlatar belakangkan kehalusan dan ketelitian seni bina sentuhan tangan arkitek terkenal dari Jepun, Mr Kaio Ariizumi. Kami menjamu selera tengah hari dengan set yakimono (grilled dish) yang berharga RM55 untuk seorang
Colmar Tropical (French Village)
Kemudian kami ke Colmar Tropical. Di Colmar Tropical terdapat bangunan-bangunan hotel yang memiliki reka bentuk bangunan lama sama seperti perkampungan sebenar yang wujud di Alsace, Perancis. terdapat pintu gerbang yang diinspirasikan daripada Menara Riquewihr di Perancis dan di bawah jambatan batu itu terdapat sebatang anak sungai buatan yang asalnya sebuah kolam dan ditempatkan 2 pasang angsa putih & hitam yang sangat besar dan cantik. Apabila melepasi jambatan batu tersebut, terdapat pula deretan kedai yang dibuka di bawah resort itu yang menyajikan pelbagai menu makanan popular Perancis antaranya piza dan pastri di La Flamme Sidewalk Deli dan roti Perancis di La Boulangerie. Terdapat juga persembahan badut disitu. Terdapat juga toko suvenir. Kebetulan pihak kelab lotus telah menganjurkan drift di parking area di salah sebuah restoran di situ. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di sisi kereta mewah di situ dan berkesempatan menyaksikan pertandingan drift .
Rabbit Park
Sebelum kami pulang ke UMP, kami singgah sebentar di rabbit park. Tapi hujan turun secara tiba tiba. Kami hanya berkesempatan melihan arnab dan serangga yang diawet. Kami hanya mampu melihat sangkar binatang lain dari jauh sahaja. Di rabbit part juga terdapat kuda & keldai..
Kesimpulan yang aku dapat beri memang seronok melancong di sini. 1pengelaman manis yang tak dapat dilupakan.. supportlah kawasan pelancong yang terdapat dalam malaysia.. mungkin 1 hari nanti kawasan pelancongan di Malaysia akan berkurang jika tidak ada pengunjung yang memberi sokonganan. Renung-renungkan dan selamat melancong
Sunday, October 11, 2009
۩۩ MELANCONG KE JAPANESE VILLAGE & FRENCH VILLAGE ۩۩
Labels:
1 hari nanti
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)