★★★ Translate My Blog ★★★

English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google

Sunday, November 1, 2009

♥♥♥ MOON HALO UMP - KEBESARAN ALLAH ♥♥♥

Semalam aku berbual telefon dengan seorang sahabat.. banyak gak benda yng diceritakan.. salah satu topic pebualan kami menceritakan pasal bulan tetiba ada lingkaran pelangi.. terkejut gak aku dengar.. so cepat2 aku kuar rumah untuk menyaksikan sendiri fenomena bulan yang jarang belaku ni.. memang menakjubkan dan aku agak berasa gentar melihat fenomena yang tak pernah dilihat… pagi ni kecoh dalam beberapa forum cerita pasal topic lingkaran bulan ni.. so daripada perbincangan forum ni aku dapat beberapa info pasal “lingkaran pelangi bulan” yang boleh dikongsikan dengan korang

31 Oktober 2009 (UMP PAHANG)



Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_(optical_phenomenon)


Kenyataan Mantan Mufti Perlis :Dr. Mohd Asri

Telah berlaku satu fonomena yang agak ganjil di langit pada hari ini 6 Ogos 2007. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Perlis. Saya mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang ramalan yang bukan-bukan. Segala kejadian alam adalah ciptaan dan kebesaran Allah. Manusia mungkin boleh mengetahui sebab musababnya melalui analisis dan kajian. Apa yang penting kesemuanya mesti meningkatkan iman kepada Allah.
Kejadian seperti ini bolehlah dirujuk sebab musababnya kepada pengkaji alam atau saintis jika mereka mempunyai maklumat kajian. Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.
Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya

Friday, October 23, 2009

๑۩۩๑ ENGINEER vs PHOTOGRAFER ๑۩۩๑




baru baru ni aku join 1 pertandinagn photografer.hanya bayar RM2 tuk 1 gambar dan pemenang tempat pertama dapat RM100, kedua RM80, ketiga RM50. Yang buat aku berminat nak join coz setiap peserta akan diberi sijil. gambar akan di nilai mengikut tema iaitu aktiviti bebas yang melibatkan pelajar UMP. susah gak aku pilih gambar yang terbaik dan dianggap seni maklumla aku bukannyer orang seni pon.. akhirnyer aku memilih 1 gambar yang aku shot time pergi bukit tinggi. sebab aku pilih coz aku anggap gambar ni cam unik sikit coz pakaian yukata yang di pakai oleh kawan aku ni susah nak jumpa kat Malaysia. aku dengar orang kurang menyertai pertandingan ni maybe diorang kurang keyakinan kot.. tapi aku taw kat UMP mamang ramai Photografer yang berbakat. aku letak title gambar ni "BKT. TINGGI VISIT ~ Aruiteru (Walking)~". aku dapat ilham aruiteru ni selapas dengar lagu nyanyian kumpulan japan MORNING MUSUME

keputusan pertandingan telah diumumkan dan pengarah pertanding cakap aku punya gambar tersenarai dalam ranking TOP10. hahaha.... kelakar gak aku dengar tak sangka leh dapat ranking top10. Juri pertandingan ni komen kalau aku shot gambar kat celah daun akan dapat buat gambar lebih menarik dan menyerlahkan tema pertandingan.. ni kata2 dari orang yang berpengelaman 5tahun dalam bidang photografer. kiranyer aku berbangga gak la.. rupanyer aku ada bakat dalam bidang photografer hehehe... tapi jadi engineer lagi best dan mencabar hoho..

baru2 ni gak aku banyak waktu relex.. so aku ada create 1 blog baru yang cerita pasal movie yang aku tengok.. kalau ada masa lawat la nyer..
ƤĚŖ€ҜÃ ϛễƦ¡ŦÂ = http://ceritadimataku.blogspot.com/

Saturday, October 17, 2009

♥♥♥ SELAMAT PENGANTIN BARU ♥♥♥



16/10/2009 - Terciptanya hari bersejarah dalam family ku.. hari tersebut merupakan hari terakhir abangku memegang status bujang dan juga hari tersebut merupakan hari pertama abangku memegang status berkahwin.. seribu kemaafan dipohon oleh adikmu ini kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan tersebut kerana ada test mechanical design. ikutkan hati selepas abis test nak terus pergi ke kedah untuk menghadiri majlis kenduri (hari ini) tapi terdapat beberapa masalah yg menghalang dan family pon xmengizinkan.

17/10/2009 - hari ini 28 syawal 1430 hijrah hari kenduri kahwin abang ku. majlis di buat di rumah pengantin perempuan (alor setar, kedah). hari ini raja sehari dibawa ke majlis kenduri yang mengorbankan 2ekor lembu untuk dijamu kepada hadirin. majlis ini akan berulang lagi di rumah pengantin lelaki yang akan dihadiriku... insyaallah.. akhir kata dari adik yg bersalah ini ku panjatkan doa kepada pasangan pengantin baru ini dengan doa agak bahagia di dunia sehingga ke syurga


"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Thursday, October 15, 2009

♥♥♥ DOWNLOAD MOVIE = JENAYAH CYBER ♥♥♥

Salam… aku rasa dah bertahun tahun aku xpernah beli dvd movie coz semua cerita aku boleh download dalam sharing dak2 ump... persoalannyer adakah ia dianggap 1jenayah?? aku pon salah seorng dak ump yg buat link sharing.. Hari ini genab la 1bulan aku buka link download sharing (hfs).. walaupon jarang on sharing tapi ramai gak dak2 ump yg masih setia download dlm link sharing aku.. dalam tempoh 1bulan ni aku dapat belajar banyak pasal software hfs . aku juga dapat bagi kesimpulan selain download movie dak2 ump ni suka download ceramah agama tapi xsuka download article agama… pelik kan?? Ada 1 yang buat aku kagum, aku terlupa nak jadikan al-quran digital sebagai fail zip tapi ada 2 org yg sanggup download setiap fail yang ada dalam folder alquran digital yang jumlah fail ada 6592. Huh… bagus ada semangat nak ke arah kebaikan.. Jumlah kunjungan untuk 1masa pernah cecah lebih dari 150 org tapi time ari minggu la dan waktu paling ramai orng suka download start kul 7pm sampai 12pm.. jumlah dak2 yg sudi buat fail sharing dah melebihi 30 orang dan semakin hari semakin bertambah. Last sekali , harapan aku dan semua dak2 ump hanyalah mengharapkan internet akan lebih laju hehehe…. Sekarang ni internet lembab bab kura-kura patah kaki.. tapi kami tetap bersyukur .
ni link sharing aku :
M@T@ = http://172.25.178.89/

Sunday, October 11, 2009

۩۩ MELANCONG KE JAPANESE VILLAGE & FRENCH VILLAGE ۩۩

Hari ni aku nak promote 1 tempat melancong yang menarik di dalam negeri pahang iaitu di Bukit Tinggi. Untuk entry kali ini aku terpaksa tulis skema kerana ada pembaca blog aku marah aku kerana tak paham apa yang aku tulis walaupon dah guna kamus & google translator.. semalam 10hb Oktober 2009 aku join lawatan ke bukit tinggi yang dianjur oleh kelab jepun UMP (Janpu). Yuran lawatan RM120 untuk setiap seorang tapi dapat sponser dari PBMSK, so setiap seorang hanya perlu membayar RM15. Harga tiket untuk masuk ke Bukit RM 10 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak2

Japanese Teahouse


Destinasi pertama kami adalah menuju ke Japanese Teahouse yang berorientasikan keindahan dan ketamadunan semangat budaya Jepun yang sebenar tanpa dipengaruhi perubahan .kami telah dibawa oleh kenderaan (lori penumpang) yang dikhaskan oleh pihak Berjaya Hills untuk ke Japanese Village. Japanese Village merupakan satu perkampungan Jepun yang mempunyai infrastruktur menyeluruh bagi mempelajari bahasa dan budaya Jepun di Malaysia. Pelbagai landskap menarik bercirikan negara Jepun dapat dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Japanese Teahouse. Terdapat kolam ikan, air terjun serta pebagai jenis tumbuhan hutan. Setibanya di Japanese Teahouse, kami diberi penerangan mengenai serba sedikit berkenaan budaya Jepun seperti upacara teh Jepun, Harga RM28. . Upacara minum teh adalah adat tradisional Jepun dalam menyajikan teh untuk tetamu. Pada zaman dulu disebut chatō atau cha no yu. Upacara minum teh yang diadakan di luar ruangan disebut nodate. kami juga diberi peluang memakai pakaian tradisional Jepun iaitu Yukata. Yukata adalah jenis kimono yang dibuat dari bahan kain kapas nipis tanpa pelapis yang dipakai di musim panas. Harga pakaian tradisional untuk seorang RM20. kami juga berpeluang bergambar di sekitar kawasan yang menggambarkan suasana di Jepun

Ryo Zan Tei

Selepas itu kami ke Ryo Zan Tei ialah satu-satunya restoran Jepun di Malaysia yang dibina sendiri oleh hasil tangan pertukangan Jepun. Berlatar belakangkan kehalusan dan ketelitian seni bina sentuhan tangan arkitek terkenal dari Jepun, Mr Kaio Ariizumi. Kami menjamu selera tengah hari dengan set yakimono (grilled dish) yang berharga RM55 untuk seorang

Colmar Tropical (French Village)



Kemudian kami ke Colmar Tropical. Di Colmar Tropical terdapat bangunan-bangunan hotel yang memiliki reka bentuk bangunan lama sama seperti perkampungan sebenar yang wujud di Alsace, Perancis. terdapat pintu gerbang yang diinspirasikan daripada Menara Riquewihr di Perancis dan di bawah jambatan batu itu terdapat sebatang anak sungai buatan yang asalnya sebuah kolam dan ditempatkan 2 pasang angsa putih & hitam yang sangat besar dan cantik. Apabila melepasi jambatan batu tersebut, terdapat pula deretan kedai yang dibuka di bawah resort itu yang menyajikan pelbagai menu makanan popular Perancis antaranya piza dan pastri di La Flamme Sidewalk Deli dan roti Perancis di La Boulangerie. Terdapat juga persembahan badut disitu. Terdapat juga toko suvenir. Kebetulan pihak kelab lotus telah menganjurkan drift di parking area di salah sebuah restoran di situ. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di sisi kereta mewah di situ dan berkesempatan menyaksikan pertandingan drift .

Rabbit Park


Sebelum kami pulang ke UMP, kami singgah sebentar di rabbit park. Tapi hujan turun secara tiba tiba. Kami hanya berkesempatan melihan arnab dan serangga yang diawet. Kami hanya mampu melihat sangkar binatang lain dari jauh sahaja. Di rabbit part juga terdapat kuda & keldai..

Kesimpulan yang aku dapat beri memang seronok melancong di sini. 1pengelaman manis yang tak dapat dilupakan.. supportlah kawasan pelancong yang terdapat dalam malaysia.. mungkin 1 hari nanti kawasan pelancongan di Malaysia akan berkurang jika tidak ada pengunjung yang memberi sokonganan. Renung-renungkan dan selamat melancong

 
© free template by Blogspot tutorial